TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

Solat Berjemaah :

 - Solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang diketuai oleh seorang imam.


Hukum Solat Berjemaah :

-Sunat Muakkad (dituntut) terhadap seorang Islam dan menjadi Fardu Kifayah bagi sesebuah kawasan atau qariah.


Kelebihan Solat Berjemaah :
-Mendapat ganjaran pahala sebanyak dua puluh tujuh kali ganda


Solat-solat yang boleh dilakukan secara berjamaah :
-Solat wajib 5 waktu sehari semalam
-Solat Sunat Tarawih di bulan Ramadan
-Solat Sunat dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)


Syarat-syarat makmum :

-Berniat mengikut imam
-Mengikut semua pergerakan imam
-Makmum lelaki mestilah berimamkan dengan lelaki


Syarat-syarat menjadi imam :

-Seorang lelaki (Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada perempuan sahaja)
-Orang yang telah baligh
-Bacaan imam betul dan sempurna


Orang yang layak menjadi imam :-Paling baik dalam bacaan Al-Quran
-Berakhlak mulia
-Dihormati dan disegani


Jenis-jenis makmum :

1) Makmum Muwafik - makmum yang sempat membaca Al-Fatihah ketika imam masih berdiri dalam rakaat pertama


2) Makmum Masbuk - makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama imam kepada imam telah rukuk.


- Makmum masbuk mendapat rakaat sekiranya sempat rukuk dan tamakninah bersama imam walaupun tidak sempat membaca Al-Fatihah


Hikmah solat berjemaah :

-Melatih diri supaya menjadi muslim yang berdisiplin
-Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam
-Menimbulkan perasaan sama rata sesama Islam

No comments:

Post a Comment

PANDUAN PENGGUNAAN